Jumaat, 7 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Langkah berjaga-jaga

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Langkah berjaga-jaga KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu bimbang dengan penularan jangkitan bakteria Listeria monocytogenes yang dilaporkan sudah mengorbankan 18 nyawa di Amerika Syarikat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, setakat ini Malaysia tidak terlibat dengan jangkitan berkenaan walaupun turut mengimport buah-buahan dan sayur- sayuran dari negara itu.

"Walaupun kini wabak berkenaan hanya menyerang beberapa lokasi di Amerika, namun langkah berjaga- jaga yang disebut langkah empat sudah dilakukan di mana buah- buahan dan sayuran- sayuran yang akan dibawa masuk ke negara ini akan diambil contohnya terlebih dahulu sebelum di pasarkan," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) II, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Kelantan, DrMohd. Kamil Hasan dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shafie. Hasan berkata, tiada sekatan dilakukan, sebaliknya barang makanan tersebut hanya perlu melalui skrin bagi memastikan ia bebas dari bakteria berkenaan.

Menurutnya, kawalan di beberapa pintu masuk utama ke negara ini juga dilakukan sebaik mendapat peringatan daripada Amerika minggu lalu.

"Pemantauan kini dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu, Sabah kerana buah-buahan dan sayur-sayuran dari Amerika Syarikat dibawa masuk menggunakan pengangkutan udara," katanya,

Beliau berkata, sekiranya orang ramai merasa ragu dengan tahap kebersihan dan kualiti makanan import, mereka boleh memilih untuk mendapatkan pelbagai lagi bahan makanan tempatan yang ditawarkan negara ini.

"Jika ada yang termakan sayuran atau buah- buahan yang diimport dari Amerika dan mengalami simptom keracunan makanan, mereka dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan, kerana antara tanda awal jangkitan wabak ini ialah sakit perut seperti terkena keracunan makanan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved