Khamis, 6 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Wanita maut dilanggar

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Wanita maut dilanggar KOTA BHARU- Seorang wanita yang dipercayai kurang siuman maut dilanggar lori dalam kejadian yang berlaku di Padang Kala, Melor di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitenden Idris Abd Rafar berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan raya berhampiran tong sampah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala.

"Sebelum ini mangsa dilihat merayau di kawasan berkenaan oleh beberapa penduduk kampung sejak tiga hari lalu dan menemui ajalnya selepas dirempuh lori semalam (kelmarin).

"Berkemungkinan wanita itu berjalan di tengah jalan yang menyebabkan lori terbabit tidak sempat mengelak dan melanggarnya," katanya di sini, semalam.

Idris berkata, pihaknya masih mengesan pemandu lori berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian itu berlaku.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

"Pihak polis juga mengharapkan agar keluarga mangsa yang tidak dikenali identitinya ini dapat menuntut mayat berkenaan di HUSM bagi menguruskan jenazahnya," katanya.

Sementara itu, menurut seorang saksi kejadian yang enggan dikenali dia berada kira-kira 20 meter dari tempat kejadian dan terus bergegas ke kawasan terbabit.

"Terkejut mendengar dentuman yang kuat, lalu saya terus ke tempat kejadian dan menyaksikan wanita tertiarap di atas jalan. Keadaan sangat menyedihkan apabila mayatnya hampir putus kepala dan kaki," katanya.

Sehubungan itu, pihak polis harap agar saksi kejadian dan keluarga mangsa diminta tampil di balai berdekatan atau menghubungi pihak polis bagi membuat laporan mengenai kejadian berkenaan bagi membantu menjalankan siasatan terhadap kes itu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved