Ahad, 30 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lucut gelaran Datuk

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lucut gelaran Datuk IPOH – DAP Negeri memohon dan merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar melucutkan gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong memandangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes sembur lada turut berpihak kepada Adun Aulong, Yew Tian Hoe.

Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, gelaran itu harus dilucutkan daripada Yit Foong kerana institusi kehakiman sudah membuktikan bahawa Adun Jelapang terbabit didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya.

"Oleh itu, dia (Yit Foong) patut menerima hukuman yang sama memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak berpihak kepadanya.

"Dalam masa yang sama, kami mendesak agar Jabatan Peguam Negara membawa tuntutan kes jenayah ini dengan segera.

"Jika sabit kesalahan, Yit Foong boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita, semalam.

Dalam kejadian 7 Mei 2009, Yit Foong didakwa telah menyerang Tian Hoe dengan semburan lada dan tindakan ADUN Jelapang itu didakwa mendatangkan kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan kepadanya.

Kor Ming berkata, keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan supaya Yit Foong membayar RM20,000 termasuk pampasan RM100 kepada Tian Hoe.

"Walaupun ganti rugi yang diterima adalah ganti rugi nominal namun kami berpuas hati kerana keadilan dapat ditegakkan.

"Selain itu, Tian Hoe membuat keputusan akan mendermakan kesemua wang yang diterima ke dalam tabung DAP Perak bertujuan membantu mengerakkan jentera pilihan raya pada masa depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming menggesa supaya Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan secara terperinci di Parlimen berhubung pinjaman sebanyak RM55.1 bilion yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada beberapa pihak sepertimana yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini.

Menurutnya, KWSP mengeluarkan pinjaman tanpa jaminan oleh kerajaan seperti mana yang termaktub dalam Akta KWSP 1991.

"Wang simpanan KWSP adalah caruman wang amanah yang rata-rata dibayar pekerja yang kebanyakannya berpendapatan rendah dan Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan 58 peratus daripada mereka mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.

"Malahan, 70 peratus daripada jumlah pekerja yang mencarum hanya dapat menyimpan kira-kira RM80,000 dan wang itulah yang akan digunakan selepas pencen.

"Jika wang pinjaman itu diambil, bagaimana dengan nasib pekerja yang hanya bergantung pada wang simpanan berkenaan untuk menanggung kos kehidupan mereka pada masa depan," katanya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan beberapa pelaburan pinjaman yang diluluskan KWSP.

Beliau berkata rakyat beri kepercayaan supaya wang mereka disimpan dengan baik oleh KWSP dan ia tidak disalahgunakan oleh pihak berkepentingan.

Sehubungan itu, Kor Ming mendesak supaya perkara itu diperjelaskan dalam Parlimen kerana ia adalah masalah kritikal yang perlu ditangani segera.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved