Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terkejut coklat berulat

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Terkejut coklat berulat KARAK – Kegembiraan sekumpulan murid menikmati coklat yang diperoleh hasil kesungguhan mereka memenangi pertandingan sempena bulan kemerdekaan anjuran sekolah bertukar menjadi kecoh apabila coklat itu berulat.

Seorang murid, Loqman Haqqim Abdul Jalil, 12, berkata, selepas mendapat coklat yang merupakan hadiah bagi johan pertandingan lagu patriotik dan johan menghias kelas, mereka berkumpul untuk menikmatinya.

Menurutnya, ketika dia sedang asyik membuka bungkusan coklat, dia ternampak ulat berwarna putih keluar dari bungkusan.

"Saya terkejut lalu memaklumkannya kepada rakan-rakan dan cikgu berkaitan perkara itu.

"Cikgu meminta kami berhenti memakan coklat itu dan mengumpulkannya semula," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nurul Atasya Amran, 12, berkata, dia terperanjat apabila dimaklumkan rakannya berhubung perkara itu memandangkan dia sudah menghabiskan sebungkus coklat.

Menurutnya, saya langsung tidak menyedari kepelikan atau rasa luar biasa ke atas coklat itu kerana terlalu seronok.

"Tetapi apabila diberitahu rakan-rakan terdapat coklat yang berulat, saya hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku memandangkan saya sudah menghabiskannya.

"Selepas beberapa jam memakan coklat itu, saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti cirit-birit," katanya.

Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah terbabit, Anikah Rusida Yusof berkata, pihaknya hanya menyedari coklat itu berulat setelah dimaklumkan oleh murid dan guru kelas terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan coklat itu mendapati terdapat bau kurang menyenangkan dan struktur coklat juga berlainan kerana kelihatan lebam serta terdapat ulat berwarna putih.

"Tidak sangka perkara ini berlaku kerana tarikh luput yang tertera adalah pada 2012 dan pihak sekolah sudah menghubungi pihak pengeluar coklat bagi memaklumkan kejadian itu.

"Dalam masa sama, pihak sekolah juga akan membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung perkara ini supaya ia tidak berulang pada masa akan datang," katanya.

Anikah berkata, sekotak coklat yang mengandungi antara enam hingga lapan bungkusan coklat itu dibeli dengan harga antara RM4.95 hingga RM5.95 di sebuah kedai di Temerloh pada 24 September lalu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved