Ahad, 16 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tawaran dibekukan sementara

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tawaran dibekukan sementara KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa membekukan tawaran menduduki unit Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan unit sedia ada yang telah ditawarkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusof berkata, hingga kini terdapat sebanyak 1,800 unit yang sudah berdaftar (ditawarkan) tetapi, perlu melalui kerja-kerja pembaikan terlebih dahulu sebelum diduduki.

Menurutnya, disebabkan kegiatan vandalisme dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, DBKL terpaksa menanggung kos pembaikan berjuta-jua ringgit.

"Untuk satu unit yang rosak, kos yang perlu dikeluarkan adalah kira-kira RM5,000," katanya pada sesi dialog bersama penduduk PPR Seri Alam, Sungai Besi pada Program Mesra Rakyat 2011 anjuran Biro Pengaduan Awam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama DBKL dan Persatuan Penduduk Seri Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun, tawaran akan dibuka semula selepas selesai kerja pembaikan unit yang dijangka siap hujung bulan ini.

Katanya, hingga kini lebih 29,000 permohonan yang diterima DBKL daripada orang ramai dan permintaan juga semakin meningkat.

"Ada kira-kira 3,000 unit kosong yang belum ditawarkan namun ia meliputi unit bagi pemindahan setinggan.

"Bagaimanapun, terdapat kekosongan untuk projek PPR di Bukit Jalil, namun masih belum diserahkan kepada DBKL, dan tawaran akan diberikan mengikut kelayakan pemohon," katanya.

Pada program itu sebanyak 29 agensi kerajaan terlibat dalam usaha mengumpulkan maklum balas daripada masyarakat setempat berhubung masalah yang dihadapi.

Ia juga sebagai platform pendedahan peranan dan fungsi setiap jabatan serta agensi untuk difahami orang ramai.

Sesi dialog yang diatur juga memberi ruang kepada penduduk mengutarakan permasalahan dan kemusykilan yang dihadapi secara bersemuka di samping menjanjikan penyelesaian yang terbaik.

Hadir sama pada program tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Azlan Man; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Alam Fasa 2, Hisham Ghazali.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved