Rabu, 19 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua bantah Bajet MPPP 2012

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dua bantah Bajet MPPP 2012 GEORGETOWN – Dua Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Lim Boon Chang dan Dr Lim Mah Hui membantah Bajet MPPP 2012 sebanyak RM29.25 juta untuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (Spice).

Boon Chang bangun menyatakan bantahannya selepas Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail menghabiskan ucapan Bajet MPPP 2012 di Dewan Persidangan Majlis Dewan Bandaraya Jalan Padang Kota Lama.

Dalam bantahannya, beliau menyuarakan terkilan berikutan persetujuan untuk meneruskan bajet buat projek berkenaan seolah-olah hanya berdasarkan kepada arahan Kerajaan Negeri.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya kerana bantahan sebelumnya yang dibuat melalui satu mesyuarat seperti tiada tindakan lanjut walaupun sudah ada perbincangan dengan pemaju dan MPPP.

"Kalau begini persetujuan yang dibuat dengan bajet tambahan RM29.25 juta lagi bagi tahun 2012 untuk Projek Spice, di mana autoriti kami sebagai Ahli Majlis?

"Sehingga ke hari ini juga selepas mesyuarat berkenaan, tiada salinan kontraktor diberi kepada kami semula.

"Saya membuat bantahan ini dari segi kepentingan pembayar cukai," katanya dalam mesyuarat berkenaan.

Tindakan Boon Chang membantah bajet berkenaan kemudiannya ditempelak seorang Ahli Majlis, Tan Hun Wooi dengan mengatakan Kerajaan Negeri berhak membuat arahan dan MPPP selaku Kerajaan Tempatan hanya menjalankan tugas.

"Lagipun pembentangan bajet ini sudah diluluskan sejak Mesyuarat Biasa Majlis (MBM) 2010 lalu," katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis juga bangun bagi menyatakan sokongan kepada bajet berkenaan namun Patahiyah kemudiannya menghentikan soal jawab itu dengan mengatakan majlis berkenaan bukannya untuk berdebat.

"Saya tidak mahu panjangkan isu ini," kata Patahiyah apabila melihatkan ramai yang membantah semula kata-kata Boon Chang mengenai bajet buat Projek Spice itu.

Namun Boon Chang pada akhir majlis sempat berkata beliau begitu sedih kerana haknya sebagai Ahli Majlis seolah-olah dirampas.

"Saya mahu ingatkan, jangan anggap majlis (MPPP) sebahagian daripada Kerajaan Negeri," katanya.

Projek Spice sebelum ini menjadi kontroversi setelah BN Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perjanjian projek yang didakwa merugikan rakyat.

Dalam laporan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan berkata, pembinaan Spice di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemajunya.

Menurutnya, terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pemaju projek hingga menimbulkan persoalan kerana ada antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lalu akan menyebabkan hasil RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

Dalam masa sama BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan Spice kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi. Kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan.

"Beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500, syarat itu jelas merugikan rakyat," kata Hock Nan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved