Isnin, 17 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Geng Buyat terima padah

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geng Buyat terima padah PASIR PUTEH - Keghairahan untuk memiliki barangan elektrik yang murah membawa padah kepada lima wanita dan seorang lelaki apabila mereka ditahan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kebanyakan mereka yang ditahan adalah suri rumah dan peniaga kedai makan.

Bagaimanapun, katanya, mereka dibebaskan dengan ikat jamin, dan orang ramai di luar sana diingatkan supaya jangan mengambil jalan mudah dengan membeli barangan curi.

Menurutnya, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan barangan curi dan boleh dipenjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau boleh dikenakan denda.

"Sepatutnya orang ramai membantu polis membanteras jenayah tetapi ini tidak berlaku kerana termakan dengan pujuk rayu dan harga murah yang ditawarkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Mohd Kamal berkata, sebuah televisyen LCD berharga RM2,000 boleh dibeli dengan harga sekitar RM400 tanpa mereka memikirkan perbuatan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

Ekoran daripada kes tersebut Polis Pasir Puteh berjaya menumpaskan geng pecah rumah yang dikenali sebagai Geng Buyat yang membabitkan lapan kes kecurian sepanjang Julai hingga September ini dan nilai rampasannya ialah RM50,000.

Mohd Kamal berkata, dua pemuda berumur 16 dan 36 tahun di tahan berasingan ketika mereka berada di rumah di Kampung Kelubi dan Padang Siam pada jam 4.30 pagi pada Ahad lalu untuk membantu siasatan polis.

"Manakala seorang lagi rakan mereka berumur 20 tahun masih lagi tidak dapat dikesan dan polis sedang memburunya.

"Antara barangan yang dirampas termasuk peti televisyen, komputer riba, rangka motosikal dan peralatan dapur dan kamera digital yang dirampas di beberapa buah rumah termasuk di Felda Kemahang, Tanah Merah," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat orang ramai itu polis berjaya membendung kegiatan pecah rumah yang berlaku membabitkan penduduk di Kampung Kelubi dan Taman Perumahan Janati.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved