Sabtu, 29 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Melecur akibat percikan api

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

Melecur akibat percikan api BERCHAM – Seorang mekanik melecur di beberapa bahagian badan selepas cuba memadamkan percikan api daripada kereta yang sedang dibaiki dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pusat Bandar Bercham Timur, pagi semalam.

Mangsa, Koon Kok Seng, 31, berkata, ketika dalam kejadian jam 10 pagi itu, dia sedang sibuk membaiki kereta pelanggan di bahagian tengah bengkel berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba muncul percikan api daripada kereta itu dan dia segera mengambil alat pemadam kebakaran untuk memadamnya.

"Namun nasib tidak menyebelahi saya, kerana percikan api itu menyambar beberapa bahagian tubuh saya sehingga melecur," katanya ketika ditemui di Klinik 1 Malaysia di sini.

Kejadian kebakaran di bengkel itu adalah yang pertama kali berlaku sejak dibuka kira-kira setahun yang lalu.

Dalam perkembangan sama, Kok Seng berkata, motosikal miliknya yang disimpan di dalam kedai berkenaan turut musnah.

"Saya bersyukur kerana berjaya menyelamatkan diri tetapi kereta pelanggan hangus kerana api marak dengan cepat," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II, Mohamad Nasir Mohamad Arshad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.48 pagi.

Katanya, tiga jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh termasuk 16 anggota bergegas ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kami tiba di tempat kejadian pada jam 10.58 pagi dan api dapat dikawal enam minit kemudian," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran, semalam.

Menurutnya, hampir 50 peratus daripada bengkel berkenaan musnah termasuk sebuah kereta dan motosikal manakala seorang pekerja turut melecur tiga peratus di beberapa bahagian badan.

Mohamad Nasir berkata, setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada percikan api daripada kereta yang dibaiki di bahagian tengah bengkel berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved