Isnin, 31 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

PPDNKK sita RM853,091

Posted: 30 Oct 2011 05:00 PM PDT

PPDNKK sita RM853,091 KUANTAN - Sebanyak RM853,091 nilai sitaan dikenakan ke atas 56,368 premis yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) sejak enam bulan lalu.

Timbalan Pengarah PPDNKK, Alwi Abdul Hamid berkata pemeriksaan dijalankan ke atas harga barangan yang tertakluk di bawah Akta Perihal Barangan.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan PPDNKK ke atas enam enam daerah di negeri ini mendapati Kuantan mencatatkan nilai sitaan tertinggi kira-kira RM544,486.

"Jumlah tersebut diikuti daerah Raub (RM119,610), Rompin (RM111,093), Jerantut (RM12,709) dan Bera (RM12,372)," katanya selepas tinjauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di sini, semalam.

Alwi berkata selain itu terdapat 389 kes berjaya dikesan PPDNKK dan tindakan sudah diambil ke atas peniaga degil itu melibatkan kira-kira RM88,700 kompaun dikenakan ke atas mereka yang tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Katanya, daerah Temerloh tidak dikenakan sebarang kompaun setelah mencatatkan nilai sitaan terendah iaitu sebanyak RM52,800 .

"Peniaga yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa di bawah semua akta yang berkaitan dengan barangan dagangan termasuk di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Penalti dan kompaun akan dikenakan kepada peniaga gagal mematuhi amaran daripada pihak berkuasa dengan menaikkan harga di atas harga kawalan," katanya.

Sementara itu, tinjauan PPDNK ke Pasar Tani Mega semalam, mendapati tiada kenaikan harga direkodkan.

"Sebaliknya peniaga mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dengan meletakkan harga pasaran lebih rendah daripada harga kawalan.

Contohnya, harga kawalan tomato ialah RM4.20 sekilo namun peniaga meletakkan harga serendah RM4 kepada pelanggan mereka," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya melaporkan kepada PPDNKK sekiranya peniaga menaikkan harga di atas harga yang ditetapkan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved