Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dentuman kuat seperti bom meletup

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dentuman kuat seperti bom meletup MARANG – Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke rumah keluarganya di Taman Semarak, Kuala Terengganu terbunuh selepas kereta dipandunya terbabas, sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori balak yang diletakkan di tepi kiri jalan di sini.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang, di Batu 10, Jalan Kuala Berang ke Kuala Terengganu itu, mangsa, Khoo Phang Lip, 32, maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah pada bahagian kepala, patah paha kanan dan tangan kiri.

Pemandu lori, Abdul Rahman Muda, 57, yang ditemui di tempat kejadian berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah keluarganya tidak jauh dari tempat kejadian sebelum bertolak ke Kuantan untuk menghantar muatan kayu balak tersebut.

"Saya terkejut dengar bunyi satu dentuman kuat seperti bom meletup dan apabila keluar dari rumah saya mendapati sebuah kereta melanggar bahagian belakang lori lalu bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi polis dan bomba," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan kereta yang terperosok di bahagian belakang lorinya menyukarkan orang ramai untuk membantu, malah keadaan pemandunya juga tidak dapat dipastikan kerana cermin kereta mangsa agak gelap.

Dalam pada itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Marang diketuai Pegawai Kanan Dua, Nik Mat Ali terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok di belakang lori balak tersebut.

Nik Mat berkata, pihaknya terpaksa menggunakan pemotong hidraulik untuk memotong bahagian pintu dan bumbung kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan turut dibantu pihak polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya dibawa ke bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat manakala kenderaan dipandu mangsa dan lori balak tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marang untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved