Ahad, 9 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kembalikan hak wakil insurans

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kembalikan hak wakil insurans ALOR SETAR - Lebih 1,500 wakil insurans sepenuh masa di Kedah menuntut Kerajaan Pusat mengembalikan hak mereka sebagai ejen berdaftar yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai perkhidmatan insurans.

Penaja Persatuan Giants (Gabungan Insuran Agent N Takaful 1 Malaysia) Thana Chew Ne Meng berkata, mereka berhadapan dengan masalah apabila kerajaan membenarkan proses memperbaharui insurans dilaksanakan di beberapa agensi termasuk bank, pejabat pos, Puspakom dan 1 Komuniti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dua tahun lalu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kebanyakan daripada mereka mula kehilangan punca pendapatan utama apabila perkhidmatan wakil insurans dihadkan kepada proses membuat insurans pertama sahaja.

"Sedangkan untuk menjadi wakil insurans berdaftar kami perlu menduduki satu peperiksaan khas dan perlu menjelaskan lesen perniagaan setiap tahun walaupun mengalami kerugian.

"Dulu kami tidak mempunyai masalah kerana boleh melakukan urusan insurans kedua, ketiga serta insurans untuk kereta atau motosikal lama sebelum proses penyelarasan insurans dilaksanakan," katanya.

Chew turut menggesa kerajaan membatalkan atau memansuhkan segera perkara boleh memberi implikasi kerugian kepada wakil insurans takaful seperti perjanjian antara syarikat membenarkan syarikat insurans takaful memberi diskaun lima peratus hingga 10 peratus kepada pelanggan yang berhubung terus dengan kaunter syarikat berkenaan.

"Situasi ini menyebabkan segelintir pelanggan lebih suka berurusan terus ke kaunter syarikat insurans berbanding wakil insurans sedangkan pemberian diskaun lima hingga 25 peratus bagi insurans takaful am yang tidak munasabah itu dibuat tanpa pengetahuan wakil insurans.

"Jika diikutkan sebelum ini kami diberitahu pemberian diskaun berkenaan tidak boleh diberikan dan keadaan berkenaan mengelirukan serta menjejaskan sumber rezeki kami untuk mendapatkan pelanggan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mahu kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya dengan hanya membenarkan cukai jalan serta lesen boleh diperbaharui di kaunter pejabat pos, bank, dan Puspakom.

"Sepatutnya agensi seperti ini perlu menumpukan kepada teras perniagaan mereka tanpa terlibat dalam urusan menawarkan perkhidmatan insurans takaful dan bank tidak harus memaksa pelanggan wajib memperbaharuinya ketika membuat proses pinjaman.

"Masalah lain turut berlaku apabila ada kakitangan pejabat pos dikesan tidak menjalankan tanggungjawab secara profesional dengan memberi satu salinan urus niaga insurans Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP) kepada warga asing," katanya.

Menurutnya, mereka turut menghantar memorandum kepada kementerian kewangan untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya pelantikan agensi selain wakil ejen insurans berdaftar menguruskan hal insurans ditarik balik.

"Kami juga mencadangkan ahli wakil insurans yang berdaftar dengan Giants diberi keutamaan untuk menjadi wakil MMIP termasuk pelan insurans kenderaan bermotor yang baru mulai 2012," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved