Sabtu, 1 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pemilik nafi sebar SMS

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pemilik nafi sebar SMS ALOR SETAR - Pemilik nombor telefon bimbit 014-224xxxx yang didakwa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit (strok), menafikan dia adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan SMS terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, lelaki yang mendakwa dirinya berasal dari Qatar itu tidak fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih selesa berbual dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, dia tidak menghantar SMS berkenaan malah tidak mengetahui mengenai perkara itu sehinggalah dihubungi wartawan Sinar Harian, semalam.

"Saya kini tinggal di Simpang Kuala dan sudah tiga tahun berada di negara ini, malah nombor telefon itu sudah saya gunakan sejak dua tahun lalu dan mempunyai ciri-ciri keselamatan," katanya yang enggan ditemui.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan namanya malah tidak memberi jawapan ketika ditanya mengenai pekerjaan dan tempat tinggalnya.

"Dari mana kamu dapat nombor telefon saya? Kenapa kamu bertanyakan terlalu banyak soalan kepada saya?" katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia mengenali Azizan, katanya nama itu sering kali didengar namun tidak begitu mengenalinya.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohd Helmi Khalid menerusi satu laman sosial mendedahkan bahawa terdapat SMS yang dihantar pada waktu tengah hari, 29 September lalu menggunakan nombor 014-240xxxx, mendakwa Azizan sakit kembali.

Mohd Helmi turut memaklumkan bahawa Azizan sihat dan menghadiri beberapa majlis termasuklah konvokesyen anaknya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 26 September, dan menghadiri mesyuarat bersama pimpinan Pas Pusat di Gombak, Selangor pada 28 September.

Malah Azizan juga bertugas seperti biasa di pejabatnya di Wisma Darul Aman pada 29 September, menghadiri majlis kenduri, masuk kembali ke pejabat dan pulang ke rumah kira-kira jam 4.30 petang.

Untuk mengesahkan khabar angin yang disebarkan itu adalah tidak benar, Azizan dilihat turut menghadiri Majlis Sambutan Ulang tahun Pas ke-60 yang diadakan di Dewan Milenium Kepala Batas, semalam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved