Isnin, 3 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Geram burung asyik dicuri

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geram burung asyik dicuri KUALA TERENGGANU - Gara-gara terlalu geram berikutan burung peliharaannya kerap kali menjadi habuan pencuri burung bersiri, seorang warga emas nekad mengejar pencuri itu walaupun menyedari nyawanya terancam dalam satu kejadian di Jalan Pintasan, Kampung Gong Kapas, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi itu, Rozali Mohamed, 58, yang juga merupakan salah seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sanggup bergadai nyawa cuba menangkap pencuri burung terbabit walaupun diugut dengan sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter.

Menceritakan detik cemas itu, Rozali berkata, semasa kejadian, dia yang baru hendak keluar dari rumah untuk menghantar dokumen ke Pejabat Agama Islam di sini, telah terdengar bunyi burung peliharaannya yang kecoh seolah-olah sedang diusik.

"Mendengar bunyi bising itu, saya berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke arah sangkar burung peliharaan yang diletakkan di belakang rumah.

"Tetapi, setibanya di simpang rumah, saya terserempak dengan pencuri itu yang menunggang motosikal jenis Kriss dan di dalam raganya terdapat sebuah kotak berwarna coklat yang mengandungi tiga ekor burung baji saya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Rozali berkata, bengang melihat burung peliharaannya dicuri lagi, tanpa berfikir panjang dia cuba menangkap pencuri terbabit dengan mengejarnya kira-kira 300 meter dari rumahnya.

"Bagaimanapun, pencuri itu berjaya melarikan diri setelah cuba hendak menikam perut saya dalam pergelutan itu. Namun, dia tidak sempat membawa lari motosikalnya selepas menyedari kehadi-ran orang awam yang cuba membantu.

"Walaupun saya tidak sempat mengecam wajahnya, namun saya yakin dia bukan penduduk di sini dan usianya dalam lingkungan awal 20-an," katanya.

Katanya, sememangnya dia mencari pencuri itu kerana burung peliharaannya sering kali dicuri semenjak Ramadan lagi sehinggakan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 atas perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu.

"Saya pernah beberapa kali membuat laporan polis berhubung kecu-rian burung peliharaan saya ini dan disebabkan itulah, hari ini apabila saya terserempak sendiri dengan pencuri itu, saya nekad untuk menangkapnya dan membawa dia ke muka pengadilan, namun apakan daya, dia berjaya melarikan diri," katanya.

Dalam kejadian itu, Rozali mengalami kecederaan ringan di baha-gian siku dan lutut akibat terjatuh semasa pergelu-tan itu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved