Jumaat, 28 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga Myanmar lemas

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga Myanmar lemas IPOH - Seorang pekerja kilang besi warga Myanmar yang akan tamat permit kerja pada bulan depan, mati lemas selepas mandi bersama dua rakannya di sebuah lombong di Bandar Pulai Jaya, kelmarin.

Mangsa, Zaw Htay Naing, 28, yang sudah enam tahun bekerja di negara ini dikatakan pergi ke lombong itu bersama dua rakannya yang lain beberapa jam sebelum kejadian untuk mandi manda kerana cuaca panas.

Kemudian, mereka bertiga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah namun kembali semula ke lombong yang sama untuk mandi.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Htay Naing apabila terjatuh ke dalam lombong itu dan gagal untuk menyelamatkan diri.

Dua rakannya yang berada di tempat kejadian cuba membantu namun gagal memandangkan mangsa sudah berada di tengah lombong dan ia amat membahayakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, mangsa ditemui kira-kira jam 3 petang kelmarin selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mayat mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dihantar pulang ke negara asal oleh majikannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved