Isnin, 10 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

PMBK didakwa rampas tanah

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

PMBK didakwa rampas tanah KOTA BHARU - Seramai 55 peneroka hilang mata pencarian apabila tanah milik mereka didakwa dirampas oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tanpa pengetahuan.

Peneroka terbabit yang mengusahakan tanah berkenaan sejak 1979, masing-masing tinggal di kawasan Projek Air Piau 1 dan Piau 2 Tanah Merah, semalam tampil ke Mahkamah Tinggi, di sini bagi sebutan pertama kes selepas difailkan pada 25 September lalu.

Peguam mewakili penduduk, Mohd Nasir Abdullah, berkata, penduduk terbabit memfailkan pembelaan kes terbabit dan pihak Kerajaan Negeri dan PMBK sudah memfailkan pembelaan manakala Felcra sebagai defendan pertama belum lagi memfailkan kehadiran.

Beliau berkata, dalam kes itu juga mahkamah mengarahkan supaya memfailkan pembelaan terhadap tuntutan balas yang dituntut oleh PMBK yang mengatakan bahawa anak guamnya menceroboh tanah di kawasan projek Piau 1 dan Piau 2.

"Saya telah dimaklumkan oleh salah seorang wakil peneroka, Mat Che Pa, 58, kesemua peneroka telah keluar dan isu pencerobohan adalah tidak timbul.

"Pihak kami diarahkan untuk memasukkan afidavit penyampaian dan sekiranya tidak ada jawapan daripada pihak Felcra kami akan memasukkan saman dalam kamar bagi mendapatkan penghakiman," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Keputusan berkenaan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Nariman Badruddin.

Mohd Nasir berkata, peneroka terbabit membuat tuntutan saman berikutan kehilangan mata pencarian masing-masing kerana tanah mereka yang diserahkan kepada Felcra diambil oleh Kerajaan Negeri menerusi PMBK.

Katanya, peneroka mendakwa ketika menyerahkan kepada Felcra, untuk mengusahakannya peserta tidak mendapat sebarang pampasan daripada Felcra dan jabatan itu juga dikatakan menyerahkan hak milik tanah kepada PMBK tanpa merujuk terlebih dahulu.

Beliau berkata, peneroka yang tidak berpuas hati terhadap pengambilan kawasan berkenaan memfailkan saman terhadap Felcra Berhad, Kerajaan Negeri, PMBK, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan Pentadbir Tanah dan Jajahan Tanah Merah.

Beliau berkata, kesemua tanah yang terlibat adalah 460 ekar milik kira-kira 80 orang peneroka.

Sementara itu, Mat yang mewakili 55 peneroka berkata, mereka tidak puas hati terhadap pihak berkaitan kerana didakwa merampas tanah hak milik mereka yang diusahakan.

Katanya, sejak dua bulan lalu, semua peneroka tidak dapat melakukan rutin dan penduduk hanya sempat mengutip hasil jualan selama enam bulan sebelum diarahkan tidak mengusahakan tanaman tersebut.

"Jika dahulu kita masih mampu mendapat RM2,000 sebulan tetapi sekarang apa sudah jadi dan kami mahukan pembelaan kerana selepas kawasan berkenaan diambil alih Felcra, jabatan itu berjanji akan membayar pampasan tetapi sehingga hari ini, kita belum menerima ganjaran sehingga tanah berkenaan telah diambil alih PMBK," katanya.

Katanya, pihaknya sebelum ini menghantar surat kepada Felcra dan Pejabat Tanah untuk mendapatkan penjelasan tetapi sehingga hari ini, pihak berkenaan gagal memberi sebarang jawapan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved