Jumaat, 14 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Buruh binaan maut tertimbus

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Buruh binaan maut tertimbus SUBANG - Seorang buruh binaan warga Myanmar maut tertimbus apabila cerun bukit setinggi lebih enam meter yang baru ditarah tiba-tiba runtuh tengah hari semalam.

Dalam kejadian di tapak pembinaan sebuah kilang perabot di Kampung Cina dekat sini, mangsa yang maut dikenali sebagai Norhabi, 20, dikatakan bersama empat lagi pekerja lain sedang menyiapkan dinding pada cerun tersebut.

Ketua Balai Bomba Kota Anggerik, Zainudin Nasir berkata, bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus sedalam lebih dua meter.

"Operasi mengeluarkan mangsa agak sukar berikutan keadaan tanah yang padat menyebabkan kami terpaksa menggunakan bantuan jentolak bagi menarik mayat mangsa keluar," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati cerun yang ditarah berkemungkinan tidak dapat menampung beban berat sebuah tangki air milik premis bersebelahan menyebabkan ia turut jatuh ke bawah.

Difahamkan, kerja pembinaan kilang perabot itu dimulakan sejak sebulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian bukan berpunca daripada bencana alam.

"Mangsa tidak sempat melarikan diri ketika runtuhan itu berlaku menyebabkan dia tertimbus dalam runtuhan tanah itu," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved