Jumaat, 14 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas maut nahas

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga emas maut nahas KOTA BHARU - "Saya hanya mengetahui mengenai ayah terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan adik.

"Terkejut apabila menerima berita ayah dilanggar motosikal ketika menyeberang jalan bersama basikal yang ditunggangnya," kata anak mangsa kemalangan, Rahimah Omar, 46.

Warga emas terbabit, meninggal dunia selepas dirempuh sebuah motosikal ketika pulang dari sebuah kedai makan sambil menyeberang jalan bersama basikalnya di Bunut Payung, jam 9 malam Selasa lalu.

Mangsa, Omar Adam, 82, cedera di kepala disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam kelmarin, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Rahimah berkata selepas menerima berita terbabit, dia bersama keluarga bergegas ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk melihat keadaannya yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

"Ayah disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam di hospital berkenaan kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

"Pada kebiasaannya ayah akan keluar ke kedai sama ada makan nasi di situ sebaik selesai menunaikan solat Isyak sambil mengayuh basikal di kawasan berkenaan," katanya.

Rahimah yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik, berkata jenazah ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Zuhur.

Katanya, kali terakhir dua berjumpa ayahnya pada Aidilfitri lalu di kampung berkenaan, sebelum dimaklumkan kemalangan terbabit.

"Cuma pada 28 September lalu ayah ada berkunjung ke rumah empat anaknya di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan menaiki kapal terbang bersama anak bongsunya, Norzuliati, 25.

"Ketika berada di sana selama tiga hari ayah sempat bermesra dengan anak dan cucunya sambil menyatakan ini mungkin kali terakhir datang ke sana," katanya ketika ditemui di rumah ayahnya di Kampung Bunut Payung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan terbabit.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan mangsa yang menyeberang jalan dirempuh sebuah motosikal yang datang dari Kota Bharu menghala ke Bunut Payung.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved