Ahad, 2 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga Pakistan maut digilis lori

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga Pakistan maut digilis lori

SERDANG – Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal apabila dia dilaporkan maut digilis sebuah lori, selepas berlanggar dengan sebuah kereta dan tercampak di atas jalan di kilometer 6.5 Lebuhraya Besraya dari Bangi menuju ke Kuala Lumpur, lewat petang Khamis lalu.

Mangsa, warga Pakistan dikenali sebagai Ghufran Ullah,29, disahkan meninggal dunia kira-kira 10 jam selepas kejadian itu ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Serdang.

Jurucakap polis trafik cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berkata, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan sebelum itu dipercayai tidak menyedari sebuah kereta diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan sebelum melanggarnya dari arah belakang.

"Akibat rempuhan berlaku antara motosikal mangsa dengan kereta jenis Hyundai Sonata itu, mangsa dikatakan tercampak ke tengah laluan lebuhraya.

"Tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri, mangsa kemudian digilis sebuah lori yang kebetulan melalui lebuh raya terbabit,"katanya kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 petang.

Beliau berkata, mangsa yang dikejarkan hospital disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.10 petang kelmarin.

"Hasil bedah siasat awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dalam badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1983.

"Polis menggesa saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan. Waris kepada simati diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8942 2222 atau 016-905 5595 untuk urusan pengurusan mayat,"katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved