Jumaat, 7 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas ditetak penyamun

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Warga emas ditetak penyamun SUNGAI BULOH – Seorang warga emas terpaksa menerima 17 jahitan selain jari manisnya hampir putus akibat ditetak dengan parang dan dipukul dengan batang besi oleh lima penyamun dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Jalan SPM 5, Taman Sri Putramas awal pagi kelmarin.

Kelima-lima penyamun yang memakai topeng dipercayai warga Indonesia dikatakan mengambil kesempatan memecah masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu belakang rumah yang diumpil kira-kira jam 3 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang nyenyak tidur.

Mangsa yang tidur di bilik tingkat bawah bersama isterinya menjerit meminta bantuan daripada dua anaknya yang tidur di tingkat atas selepas menyedari kehadiran kelima-lima penyamun terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 58, berkata, dia terkejut apabila secara tiba-tiba lampu biliknya dinyalakan suspek.

"Saya terus menjerit dan disebabkan itu suspek terus memukul saya bertubi-tubi selama lebih kurang lima minit tetapi mujurlah isteri saya langsung tidak disentuh oleh mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Panik melihat mangsa yang ditetak berlumuran darah, kelima-lima penyamun melarikan diri ke dalam semak kawasan belukar berhampiran dan hanya sempat melarikan tiga telefon bimbit dan beg tangan yang mengandungi wang tunai RM200.

Mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuang.

Difahamkan suspek menceroboh kawasan perumahan yang mempunyai pengawal keselamatan itu melalui pagar yang dipotong di belakang rumah mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Berikutan itu polis melancarkan gerakan memburu kelima-lima suspek dan berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang dilihat mencurigakan bersembunyi di dalam longkang beberapa jam selepas kejadian.

"Mangsa ditemui bersembunyi di dalam longkang dan pemeriksaan lanjut mendapati dia turut membawa kerambit yang disembunyikan di dalam longgokan pakaian, bagaimanapun kita masih menyiasat sama ada lelaki terbabit terlibat atau tidak dengan kejadian samun itu," katanya kepada Sinar Harian.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved