Khamis, 13 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Panik dua kereta api bertembung

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Panik dua kereta api bertembung SUNGAI SIPUT (U) – Empat penumpang maut, 15 cedera parah, manakala empat lagi cedera ringan dalam satu tragedi melibatkan pertembungan dua gerabak kereta api yang berlaku di Sungai Buloh, di sini, awal pagi semalam dan membuatkan penduduk sekitar kelam-kabut serta panik.

Bagaimanapun, ia hanya satu lakonan latihan kecemasan bencana yang dijayakan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dan Kuala Kangsar, Jabatan Pertahanan Awam (Jpam), Pejabat Tanah dan Daerah, Keretapi Tanah Melayu (KTM) serta beberapa lagi agensi.

Komander latihan, Superintendan Azman Salim berkata, latihan pertembungan itu berlaku kira-kira jam 4.25 pagi melibatkan dua kereta api dari arah bertentangan.

Menurutnya, tugas anggota terlibat ialah menyelamatkan mangsa sama ada yang sudah mati atau tercedera ke tempat selamat.

"Seramai 500 anggota keselamatan terlibat terdiri daripada kakitangan agensi berkaitan dalam membantu menyelamatkan 23 penumpang di dalam kereta api.

"Latihan kecemasan ini dilakukan sebagai persediaan kepada anggota keselamatan dan agensi berkaitan sekiranya kejadian seperti ini berlaku serta apa tindakan atau peranan harus dilakukan," katanya.

Azman berkata, ia juga memberi pendedahan kepada penumpang atau orang awam supaya tidak panik dan memberi kerjasama kepada anggota keselamatan.

Beliau berkata, sewaktu sesi latihan berkenaan turut melibatkan aksi atau tindakan sekiranya terdapat gas beracun dibawa di dalam gerabak.

"Pertembungan berlaku melibatkan kereta api dari arah selatan dan utara, satu arah membawa penumpang, manakala satu lagi membawa kontena berisi bahan kimia atau gas beracun.

"Di dalam gerabak turut membawa gas beracun dan pihak bomba perlu bertindak menentukan sama ada gas ini bocor atau tidak." katanya.

Menurutnya, setelah diperiksa tiada kebocoran berlaku dan jika berlaku situasi gas bocor, bukan sekadar mangsa ditimpa bahaya, seluruh penduduk di Sungai Siput berisiko serta perlu dipindahkan secepat mungkin," katanya.

Katanya, operasi berkenaan tamat pada jam 7.30 pagi dan berdasarkan prestasi keseluruhan menunjukkan komitmen yang baik daripada semua anggota terlibat.

"Berdasarkan rumusan, latihan kecemasan ini berjaya kerana semua anggota terlibat dan setiap agensi memainkan peranan serta kerjasama baik.

"Sekiranya kes seperti ini benar-benar berlaku, semua yang terlibat diyakini mampu mengambil langkah dan bertindak dengan sewajarnya bagi mengawal keadaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved