Isnin, 24 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua beranak maut dirempuh bas

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dua beranak maut dirempuh bas MENTAKAB – Dua beranak terbunuh apabila kereta dinaiki empat sekeluarga dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan dekat kilang Mardec Batu 5 di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu pemandu kereta, Mohd Khairi Abdullah Jis, 31, yang berasal dari Felda Panching Utara, Kuantan serta anak perempuannya Nurul Najwa Hannani, 6, yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian berlaku semasa bas yang dari arah Mentakab ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu Mohd Khairi menyebabkan mangsa dan anaknya tersepit.

"Semasa kejadian bas terbabit dinaiki 15 penumpang, namun kesemua penumpang selamat. Turut bersama dalam kereta malang itu isteri Mohd Khairi, Suryati Sudin dan anak lelakinya Muhammad Airell Zikry 4,' katanya.

Mohd Nor berkata, isteri dan anak lelaki mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Beliau berkata, kejadian berlaku di satu selekoh dan permukaan jalan ketika kejadian kering dan cuaca baik.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihati semua pemandu supaya berhati-hati di jalan raya terutama ketika keadaan cuaca tidak menentu kebelakangan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved