Khamis, 20 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bas kilang hilang kawalan

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bas kilang hilang kawalan GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang patah kaki manakala lima lagi cedera apabila bas kilang yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat dilanggar dari belakang.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, semua mangsa yang berada dalam bas terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja di Bayan Lepas dari arah Seberang Perai.

Mohd Zin berkata, semua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Katanya, kejadian berlaku ketika lampu isyarat berwarna hijau dan bas yang hilang kawalan itu bergerak laju sebelum merempuh kenderaan yang berada di hadapannya.

"Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kejadian kemalangan itu menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk dari Jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas sehingga jam 8 pagi.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved