Isnin, 3 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penunggang degil didenda

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penunggang degil didenda

KUALA LUMPUR - Reka bentuk Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) terhad kepada kegunaan kereta sahaja dan tidak sesuai kepada penunggang motosikal.

Ketua Pegawai Operasi SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata, penunggang motosikal yang melalui terowong terdedah dengan risiko kemalangan selain membahayakan pengguna kenderaan lain.

Menurutnya, SMART melarang pengguna motosikal daripada menggunakan terowong SMART dengan meletakkan peringatan melalui paparan mesej di papan tanda elektronik sistem pesanan pelbagai (VMS) dan juga di papan tanda larangan di pintu masuk-pintu masuk Terowong SMART.

"Pemantauan 24 jam sentiasa dibuat pihak SMART oleh pihak Ronda SMART dan juga kakitangan di bilik kawalan Terowong SMART melalui 220 CCTV yang dipasang di sepanjang Terowong Lebuhraya SMART," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian ketika menjawab permasalahan yang diutarakan pembaca di ruangan interaktif pada 25 September lalu.

Beliau berkata, penunggang yang berdegil berdepan dengan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 70(4) di mana, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

"Sekiranya pihak SMART mengesan berlaku kesalahan tersebut maka kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa," katanya.

"Pihak SMART juga membuat perbincangan dengan pihak berkuasa dan jika keadaan memerlukan, operasi yang bersesuaian akan dijalankan bagi mencegah motosikal menggunakan terowong SMART demi keselamatan pengguna Terowong SMART dan juga penunggang motosikal," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved