Isnin, 3 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Remaja terbabit seks bebas

Posted: 02 Oct 2011 05:00 PM PDT

Remaja terbabit seks bebas KOTA BHARU-Kerapuhan institusi keluarga menjadi punca utama golongan remaja terjebak dalam perlakuan seks bebas yang kian membimbangkan masyarakat kini.

Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, remaja mudah terdedah dengan anasir tidak baik hanya disebabkan pelbagai pengetahuan boleh diperoleh melalui hujung jari yang boleh didapatkan melalui Internet.

"Golongan remaja yang hidup dalam institusi keluarga yang tidak kuat akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa.

"Keseronokan melayari laman web tanpa dikawal mendorong golongan ini melayari laman web lucah dan akhirnya mencuba sendiri perlakuan melalui maklumat yang diperoleh sehingga melakukan hubungan seks dan akhirnya melahirkan anak luar nikah," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Shukri berkata, golongan terbabit tidak mempunyai tunjang kehidupan dan aqidah sehingga sanggup membelakangkan agama Islam hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu.

"Seharusnya peranan ibu bapa penting bagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam situasi ini.

"Pengawasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada golongan belia bagi mengatasi masalah ini di samping penguatkuasaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," kata Mohamad Shukri.

Beliau mengulas mengenai peningkatan statistik hubungan luar nikah yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam, berhubung kes pembuangan bayi di negara ini yang melibatkan tiga daripada enam remaja yang berumur 15 hingga 28 dan merupakan lulusan universiti terdorong melakukan perbuatan terbabit.

Mereka didakwa didorong melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam itu hanya kerana perasaan ingin tahu setelah menonton video lucah.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November tahun lalu, kes yang melibatkan golongan remaja wanita mengandung sebelum berkahwin, negeri Kelantan, Johor dan Melaka mencatat angka tertinggi dalam kes terbabit.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved