Selasa, 4 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Trauma dicubit ustazah

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Trauma dicubit ustazah KOTA BHARU- Seorang murid tahun dua kini trauma dan takut untuk ke sekolah selepas didakwa dicubit sehingga lebam oleh ustazah di sekolahnya, di sini kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 10.15 dan 11.15 pagi kelmarin, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, lebam di lengan kanannya dan terdapat tiga kesan cubitan dipercayai perbuatan guru berkenaan.

Sarifah Amirah berkata, kejadian tersebut berlaku di dalam kelasnya selepas guru agamanya itu dikatakan memarahinya akibat tidak menyiapkan latihan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

"Memang saya tak siapkan tajuk kedua yang diarahkan oleh cikgu dan ketika itu saya membuka kamus bergambar, lalu dia menghampiri saya dan terus marah kemudian merampasnya.

"Dia mencubit lengan kanan saya sebanyak tiga kali dan tidak cukup dengan itu, ketika saya menangis dia juga menampar dan menolak kepala saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar, Batu Tiga, Jalan Kuala Krai di sini semalam.

Sarifah Amirah memberitahu, dia juga dikatakan diugut oleh gurunya supaya tidak keluar kelas namun selepas tamat waktu mata pelajaran tersebut, dia terus bergegas keluar memaklumkan kepada guru kelasnya.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Saari, 32, berkata, kejadian tersebut disedarinya setelah anak sulungnya itu menangis ketika sampai di rumahnya selepas diambil oleh bapa saudaranya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, dari sebuah sekolah rendah, dekat sini.

Rosmawati berkata, selepas diberitahu oleh Sarifah Amirah dia terus menyelak baju anaknya dan mendapati kesan lebam kebiruan di lengan anaknya itu.

"Selepas mendengar cerita daripada Sarifah Amirah, saya terus ke sekolah untuk bertemu dengan cikgu tersebut dan dimaklumkan dia sudah pulang dan hari ini (semalam) saya datang semula ke sekolah untuk mendapat penjelasan perkara sebenar.

"Walaupun dia tidak menyiapkan latihan di dalam kelas tetapi tidak sepatutnya tindakan seperti ini dilakukan kerana dia masih kanak-kanak. Lagipun banyak cara dapat dilakukan untuk menghukum anak murid," katanya.

Katanya, guru wanita berusia 30-an tersebut mengaku bersalah dan pengurusan sekolah juga meminta maaf atas perbuatan terbabit tetapi ahli keluarga membuat keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Kami mahu pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya terhadap guru tersebut supaya perkara ini tidak berulang," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved