Khamis, 6 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Berlari selamatkan bapa

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Berlari selamatkan bapa KAMPUNG BARI KECIL - "Tiada apa yang terlintas dalam fikiran selain ingin menyelamatkan nyawa ayah, Ismail Ibrahim, 78, yang tidak boleh berjalan setelah terlibat dalam kemalangan dan tinggal berseorangan di dalam rumah semasa kebakaran itu berlaku," kata Che Jantan Ismail, 43.

Menurut Che Jantan, semasa kebakaran kira-kira jam 12.30 tengah hari, bapanya hanya tinggal berseorangan di dalam rumah manakala isterinya keluar bekerja di Tadika Kemas Kampung Banggol dan tujuh anaknya pula ke sekolah.

"Pada waktu itu saya berada di tempat kerja kira-kira 500 meter dari rumah dan sebelum menyedari kebakaran berlaku, saya terdengar bunyi letupan seperti kanak-kanak bermain mercun.

"Tidak lama kemudian, ibu mentua, Rahmah Seman, 59, yang tinggal di depan rumah memberitahu rumah terbakar dan saya terus bergegas pulang untuk menyelamatkan ayah," katanya.

Menurutnya, setibanya di kawasan rumah dia dapati bahagian ruang tamu rumah sudah terbakar dan tingkap rumah pula semuanya tertutup.

"Oleh kerana memikirkan keadaan ayah yang tinggal berseorangan saya memberanikan diri memasuki melalui pintu dapur dan cuba memanggil namanya. Alhamdulillah ketika itu saya melihat dia sudah berada di dalam bilik air untuk mengambil air bagi memadamkan kebakaran," katanya kepada Sinar Harian.

Che Jantan berkata, dalam keadaan kelam kabut dia terus mengangkat ayah yang hanya dapat mengengsot keluar dari rumah dan meletakkannya di dalam kebun getah bersebelahan rumahnya.

"Sementara menunggu bomba sampai, saya cuba memadamkan api melalui paip air yang terletak di luar rumah dan pada waktu itu, kediaman saya sudah hampir 80 peratus terbakar," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved