Selasa, 4 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ibu anak lapan tidak serik

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ibu anak lapan tidak serik KUALA TERENGGANU- Tidak kenal erti serik! Walaupun baru dihadapkan ke mahkamah tiga bulan lalu atas kesalahan memiliki dadah dan kes berkenaan masih dalam perbicaraan, seorang ibu kepada lapan anak masih tidak serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan memiliki lima biji pil Methamphetamine.

Bagaimanapun, tertuduh, Sa'adiah Ali, 54, dari Kampung Batangan, Marang, yang difahamkan memiliki lebih daripada 20 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah tidak mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama itu.

Lebih mengejutkan, tertuduh yang tidak mengaku bersalah memberi alasan dadah itu milik anak kandungnya yang juga penagih dadah.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Majistret Noradila Ab Latif membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menunggu laporan kimia.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki lima biji pil berwarna merah disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 0.10 gram di sebuah rumah di Kampung Batangan, Marang, kira-kira jam 3.50 petang, kelmarin.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau didenda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Marang membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Batangan, Marang, kira-kira jam 3.50 petang, kelmarin.

Sebaik sahaja memperkenalkan diri kepada tertuduh, polis bertanya sama ada tertuduh ada menyimpan dadah ataupun tidak. Tertuduh kemudian mengeluarkan satu bekas plastik berwarna putih yang disimpan di dalam bajunya menggunakan tangan kanan.

Pemeriksaan lanjut ke atas bekas plastik berkenaan menjumpai satu straw berangkai berwarna kuning yang mengandungi lima biji pil berwarna merah disyaki dadah jenis methamphetamine sebelum tertuduh dan barang kes ditahan untuk siasatan lanjut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved