Ahad, 30 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lanun gagal rampas kapal

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lanun gagal rampas kapal KUANTAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan sekumpulan lanun bersenjata yang merampas sebuah kapal tangki membawa muatan minyak serta gas bernilai kira-kira RM12 juta di perairan Laut China Selatan, Jumaat lalu.

Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Pertama Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, kapal tangki MT Nautica Johor Bahru itu bersama19 anak kapal membabitkan 11 rakyat Malaysia dan lapan rakyat Indonesia berjaya diselamatkan pada 9.10 malam kelmarin di perairan Wilayah Republik Indonesia.

Beliau berkata, kapal berkenaan sebelum itu dirampas di perairan Selat Singapura berhampiran Batu Puteh kira-kira 5.30 pagi, Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Sibu, Sarawak.

"Pihak pengurusan kapal yang gagal menghubungi anak kapalnya menghubungi Ma�ritim selepas mengesyaki berlaku rampasan kira-kira jam 9.20 pagi pada hari Jumaat," katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam.

Mohamad Roslan berkata, TLDM berjaya merampas semula kapal itu selepas mendapat kerjasama Badan Koordinasi dan Keamanan Laut (Bakorkamla) Indonesia, yang memberikan kelulusan kejar buru ke atas kapal yang disyaki menuju ke kepulauan Anambas, Indonesia.

Katanya, anggota terbabit mengejar kapal berkenaan selepas pesawat Dauphin M7 002 milik APMM berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu di lokasi 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang kira-kira 3.20 petang.

"Tiga daripada lima kapal TLDM iaitu KD Jebat, KD Lekiu dan KD Kelantan yang sedang melakukan latihan untuk program Bersama Lima 2011 di perairan Pulau Tioman diarahkan melaksanakan misi menyelamat," katanya.

Beliau berkata, Kapal MT Nautica kemudian berjaya dipintas kira-kira jam 8 malam kelmarin di posisi 17 batu nautika Pulau Jemaja, Indonesia sebelum diberi amaran supaya berhenti.

Menurutnya, akibat tekanan kapal TLDM, perampas terbabit memperlahankan kelajuan dan memadamkan keseluruhan lampu MT Nautica.

"Dipercayai seramai 10 perampas bertindak melarikan diri menggunakan sebuah bot laju dalam keadaan gelap kira-kira jam 9.10 malam dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

Mohamad Roslan berkata, perampas yang bersenjatakan sepucuk pistol dan parang itu bagaimanapun berjaya melarikan barangan peribadi milik anak kapal termasuk wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba yang belum ditafsir jumlah kerugiannya.

Katanya, sebanyak 31 kes perlanunan berlaku di perairan negara ini termasuk kes terbaru itu.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved