Khamis, 20 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jurujual dilarikan penjenayah

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jurujual dilarikan penjenayah KUALA KANGSAR - Niat baik seorang jurujual kereta memberi peluang kepada pelanggannya memandu uji kereta yang hendak dijual bertukar mimpi ngeri apabila beliau turut dibawa lari bersama kereta berkenaan.

Mangsa, Haslan Mat Yunus, 30, dilarikan penjenayah sejauh kira-kira 200 kilometer dari Sungai Petani hingga ke Kuala Kangsar setelah ditipu seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan.

Mangsa dilarikan ketika sesi memandu uji menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan tetapi berjaya melarikan diri daripada penjenayah berkenaan di Padang Rengas.

Haslan berkata, pada jam 11.10 pagi dia didatangi seorang lelaki lingkungan 40 tahun mahu membeli kereta.

Menurutnya, dia tidak menaruh syak ketika membawa lelaki itu memandu uji kereta jenis Honda Accord warna hitam sehinggalah lelaki itu memasuki lebuh raya.

"Saya melayan lelaki itu seperti biasa dan membawa kereta ke stesen minyak untuk mengisi petrol sebanyak RM10 tetapi lelaki itu menambah lagi bayaran sebanyak RM20 kerana mengatakan ia tidak mencukupi.

"Selepas itu lelaki berkenaan tiba-tiba melencong ke lebuh raya dan saya mula sedar lelaki itu ada niat tidak baik.

"Dia juga mengugut saya supaya berdiam diri dengan menunjukkan sepucuk pistol dan gari. Pada baju yang dipakainya ada logo PDRM.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan takut sehinggalah tiba di Padang Rengas jam 2.30 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Padang Rengas di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Sungai Petani itu, bernasib baik kerana dapat melarikan diri ketika kereta berhenti berhampiran Taman Utama, Padang Rengas, sebelum terserempak anggota polis.

"Ketika dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang untuk mengisi minyak tetapi saya takut untuk melarikan diri kerana dia bersenjata.

"Ketika tiba di Padang Rengas, saya diturunkan dan diarah untuk bertemu seorang kenalan lelaki berkenaan tetapi saya terus melarikan diri.

"Secara kebetulan, terdapat anggota polis peronda di kawasan itu dan mereka membawa saya ke balai polis berhampiran untuk membuat siasatan.

"Selepas membuat laporan, saya terpaksa menunggu majikan datang mengambil saya di sini sebelum membuat satu lagi laporan di Sungai Petani," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abd Gaffar Mohammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kes berkenaan ada dilaporkan di Balai Polis Padang Rengas tetapi kini ia di bawah siasatan Balai Polis Sungai Petani," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved