Jumaat, 28 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Maut kereta rempuh tebing

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Maut kereta rempuh tebing KUANTAN - Sambutan Perayaan Deepavali tahun ini menjadi yang terakhir buat seorang lelaki selepas dia terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 12, Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, mangsa, W Surendran, 21 dari Taman Bintang, Cheroh, Raub maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandu rakannya, Ramachandran, 21 terbabas sebelum melanggar tebing dan tiang lampu.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah berkata, dua sahabat itu menaiki sebuah kereta jenis Hyundai Sonata dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi nahas, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tebing dan tiang lampu.

"Akibat kejadian, kereta yang dinaiki mereka remuk manakala mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Rizal berkata, ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat dan permukaan jalan basah serta licin.

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang peniaga warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh tembok jambatan di Kilometer 3, Jalan Pekan- Kuantan, atas Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan, awal pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa Mohd Fauzi Abdul Rahman, 65 dari Taman Sepekan Jaya, Pekan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Rizal berkata, mangsa dipercayai menunggang bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya untuk memulakan perniagaannya di Pasar Besar Pekan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok," katanya.

Menurutnya, kedua-dua nahas yang meragut nyawa penumpang kereta dan penunggang itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved