Khamis, 27 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hudud: Nik Aziz enggan ulas

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hudud: Nik Aziz enggan ulas RANTAU PANJANG- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan mengulas lagi mengenai isu hudud sebaliknya menyerahkan kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri.

Menurutnya, beliau tidak mahu timbul kecelaruan sekiranya semua pihak dibenarkan bercakap mengenai hudud dan menganggap masa untuk mengulas tentang isu itu sudah berlalu.

"Pelaksanaan hudud juga bergantung kepada jawatankuasa yang dilantik, saya berjanji tidak mahu semua orang bercakap tentang hudud dan menjelaskan akta murtad terdapat dalam hudud," katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Perlombongan Intermining Sdn Bhd, semalam. Turut hadir, Pengarah Inter Bumi Mining Sdn Bhd, Datuk Razali Daud.

Sebelum ini Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II untuk mengkaji sama da undang-undang tersebut boleh dilaksanakan tanpa meminda Perlembagaan Negara.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob manakala Mohd Amar dilantik sebagai timbalan pengerusi dan turut disertai 19 orang ahli dari pelbagai latar belakang termasuk agensi penguatkuasaan negara.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kerajaan Negeri bakal memperolehi satu lagi pendapatan melalui pengusahaan perlombongan biji besi tersebut.

Katanya, walaupun kecewa tidak mendapat hasil dari royalti petroleum, beliau bersyukur kerana Kelantan mendapat satu lagi hasil cukai bakal menyumbang kepada pendapatan negeri.

"Alhamdulillah Kelantan mendapat hasil baru daripada perlombongan bijih besi dan kita sedang tunggu hasil di laut (petroleum) di bawah jagaan Petronas. Kita berdoa mudah-mudahan Allah membuka pintu hati pemimpin Kerajaan Pusat supaya Petronas memberikan semula harta kita (royalti petroleum)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved