Khamis, 13 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bayi derita sakit jantung berlubang

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bayi derita sakit jantung berlubang KUALA NERANG - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan menanggung derita menghidap penyakit jantung berlubang dan memerlukan sebanyak RM40,000 bagi membiayai kos rawatan pembedahan yang akan diadakan pada 17 Oktober ini.

Nur Damia Imani Mohamad Faizal dikesan menghidap penyakit berkenaan tiga hari sebelum umat Islam menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas menghidap demam berpanjangan.

Bapanya, Mohamad Faizal Manaf, 32, berkata, doktor mengesahkan anak keduanya itu perlu segera dibedah di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Mohamad Faizal yang bekerja sebagai pemandu bas berkata, Nur Damia kini mendapat rawatan susulan sejak 27 Ogos lalu sehingga sekarang di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

"Doktor di HSB mengesahkan Nur Damia perlu segera dibedah dan mereka juga turut membantu mengaturkan pembedahan di sebuah hospital swasta.

"Namun dengan pendapatan saya sebagai pemandu bas, sebanyak RM1,000 sebulan saya tidak mampu menyediakan jumlah wang sebanyak RM40,000," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dekat sini.

Mohamad Faizal berkata, kini hospital menjadi rumah kedua bagi anaknya yang memerlukan pemantauan rapi setiap hari.

Menurutnya, isterinya, Hafisyah Md Noor, 28, kini banyak menghabiskan masa di HSB untuk menemani dan memantau perkembangan semasa Nur Damia.

"Saya berharap supaya ada pihak yang terdiri daripada badan korporat ataupun perseorangan dapat menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga bagi mencukupkan kos pembedahan anak kami," katanya.

Terdahulu, Muhamad Faizal menjelaskan dia pernah membawa perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Zakat untuk meminta bantuan namun, masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Kepada mana-mana pihak yang sudi membantu boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Maybank 102045257063 Mohamad Faizal Manaf atau menghubunginya menerusi talian 0124633599 bagi pertanyaan lebih lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved