Jumaat, 14 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Suspek lari naik basikal

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Suspek lari naik basikal MENGLEMBU - Gara-gara gagal membayar sewa bilik, seorang lelaki dikelar hingga maut oleh tuan rumahnya di Menglembu Regrouping Area di sini, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.10 petang itu, mangsa Chen Woon Min, 47, didatangi seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60 tahun ke rumah sewa berkenaan.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Fan San itu dipercayai tuan rumah, manakala mangsa menyewa bilik di rumah berkenaan lebih kurang dua bulan lalu.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata dia melihat suspek menaiki basikal menuju ke rumah berkenaan sebelum mendengar satu pentengkaran antara kedua-dua lelaki terbabit.

"Saya ada terdengar suara orang bergaduh dalam rumah berkenaan tetapi secara tiba-tiba ia berhenti dan kelihatan mangsa berlari keluar dalam keadaan cedera.

"Seorang lagi lelaki (Suspek) pula dilihat dengan tergesa-gesa melarikan diri menaiki basikal meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, seorang perempuan yang dipercayai teman wanita mangsa berusia dalam lingkungan 35 tahun menunggu di luar rumah terkejut melihat mangsa keluar dalam keadaan cedera di bahagian leher dan kepala.

"Mangsa sempat berjalan kira-kira 10 meter daripada rumah sebelum rebah di hadapan teman wanitanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah penyewa bilik di rumah suspek.

Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan, selain itu kedua-dua suspek dan mangsa dipercayai penagih dadah.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan leher kerana dipercayai dicederakan menggunakan pisau," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved