Ahad, 23 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kebangkitan Islam kembali

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kebangkitan Islam kembali KOTA SARANG SEMUT - Kebangkitan Islam kini dilihat berlaku di kebanyakan negara, terutama Timur Tengah hingga menumbangkan pemerintahan diktator yang berjaya digulingkan oleh kuasa rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pemerintah di negara Islam jatuh satu persatu, antaranya Saddam Hussein (Iraq) dan Muammar Gadaffi (Libya), walaupun tanpa pilihan raya mahupun demonstrasi.

"Selepas golongan itu tiada, apakah golongan Islam akan ambil alih seperti yang berlaku di Timur Tengah. Dunia kini sedang menanti apakah akan berlaku kebangkitan Islam semula untuk mengepalai dunia," katanya ketika berucap di hadapan 5,000 penyokong Pas yang hadir pada Ceramah Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, malam semalam.

Menurutnya, sejak 10 tahun kebelakangan ini, kuasa politik semakin berubah, malah di peringkat awal dunia dikuasai oleh golongan Islam yang kemudian diambil alih nasionalis, seterusnya oleh golongan berhaluan kiri.

"Saya lihat kini semua sistem berlaku perubahan untuk kekalkan kuasa ekonomi. Saya harap jika berlaku perubahan kuasa di Malaysia, biarlah secara elok dan bertamadun melalui pilihan raya. Kita tidak mahu apa yang berlaku di luar sana berlaku di sini," katanya.

Mohamad turut mengagumi cendekiawan Dr Burhanuddin Al Helmi yang disifatkannya sebagai seorang yang berfikiran ke hadapan.

"Beliau (Burhanuddin) pada kongres 1956 pernah berkata, dunia Islam peringkat awal akan diperintah golongan nasionalis, kemudian naik golongan kiri akan ambil alih pemerintah, selepas itu kembali pada golongan Islam. Saya rasa ia sedang berlaku kini," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemikir dan ulama yang dikagumi, Profesor Dr Zulkifli Mohamad juga pernah mencadangkan supaya Pas menerima ahli bukan Islam, 30 tahun lalu, namun ketika itu, pandangannya dianggap tidak sesuai.

"Sekarang pandangan itu dikaji semula hingga tubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kadangkala pemimpin yang bijak ketika itu tidak diterima pandangannya, tetapi berguna pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved