Isnin, 17 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tiada halangan akta murtad

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tiada halangan akta murtad KUALA BERANG - Kerajaan Negeri tidak mempunyai halangan sekiranya pelaksanaan Akta Murtad dilakukan di negeri ini tetapi perkara itu harus ditentukan oleh pihak bertanggungjawab termasuk pakar agama.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada kebijaksanaan Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu (JHEAT) berikutan mereka lebih arif.

"Bagi saya, tiada masalah sekiranya Akta Murtad ini dilaksanakan di negeri ini namun sebelum itu biarlah pakar agama menentukan perkara ini. Negeri lain pula terpulanglah kepada majlis agama Islam masing-masing untuk memutuskannya.

"Walaupun hal ehwal berkaitan dengan agama terletak di bawah bidang kuasa negeri namun perkara berkaitan akta seharusnya diserahkan dan ditentukan oleh pakar agama kerana mereka lebih mengetahui," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan e-Book kepada 467 murid daripada 11 sekolah dalam Dun Kuala Berang, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Adun Telemong, Rozi Mamat, Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah berkata, Jika ada cadangan mewujudkan Akta Murtad ia harus disepakati pada peringkat negeri bagi menentukan sama ada pelaksanaannya dalam bentuk akta Persekutuan ataupun enakmen.

Sementara itu, Ahmad berharap semua penerima e-Book akan memanfaatkan pemberian pihak kerajaan selain menjadikannya sebagai pemangkin semangat untuk mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved