Selasa, 4 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan politikkan tugas penjawat awam: Sultan

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jangan politikkan tugas penjawat awam: Sultan KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda tidak mahu melihat setiap tugas yang dilakukan penjawat awam dipolitikkan kerana ia akan menyusahkan rakyat selain menjejaskan program pembangunan yang dirancang.

Titah baginda, setiap penjawat awam perlu komited dan menunjukkan peribadi yang baik serta mengamalkan gaya kerja yang berkualiti bagi mengekalkan prestasi dan keyakinan rakyat.

"Seorang penjawat awam yang profesional tidak perlu menyokong parti politik tertentu, sebaliknya melaksanakan tugas masing-masing dengan dedikasi dan efisien.

"Malah penjawat awam memainkan peranan penting dalam memajukan negara melalui program pembangunan yang dirancang," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun yakin peserta dapat berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai isu yang berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan sektor awam itu.

Titahnya, menerusi persidangan itu peserta dapat menimba ilmu dari segi pengalaman dan amalan terbaik serta melaksanakan tugas ke arah memajukan sektor awam.

"Saya percaya idea baru dapat dilaksanakan kepada isu yang dibentangkan pada persidangan ini dan mendapat maklum balas positif kepada kecemerlangan pengurusan dan modal insan, sekali gus memberi faedah kepada pelaksanaan dasar yang dirancang," katanya.

Persidangan selama empat hari itu dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta berkongsi pelbagai pengalaman dan bertukar pandangan mengenai isu berkaitan dengan urusan pengambilan, perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, dalam tempoh dua tahun, SPA telah melantik 8,882 anak negeri Pahang untuk memegang pelbagai jawatan termasuk pengurusan dan juga profesional.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved