Jumaat, 21 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Rokok RM2.2 juta dirampas

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

Rokok RM2.2 juta dirampas JOHOR BAHRU - Sindiket penyeludupan rokok dikesan menjadikan jirat Cina sebagai lokasi rahsia menjalankan kegiatan tidak bermoral bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Melalui taktik terbaru itu, pengedar rokok seludup akan ke jirat untuk mendapatkan stok masing-masing sebelum dijual kepada peniaga di sekitar bandar raya ini.

Bagaimanapun, modus operandi itu terbongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya menyerbu satu kawasan jirat di Saleng, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam serbuan jam 4.20 pagi itu, pihaknya merampas 20,750 karton rokok bernilai RM2.2 juta termasuk cukai di dalam sebuah lori dan tujuh kenderaan lain.

"Ketika intipan dilakukan, sepasukan anggota memerhatikan beberapa buah kenderaan yang mencurigakan di kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, kesemua suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dan meninggalkan kenderaan yang berisi rokok seludup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan itu dengan membekalkan rokok seludup kepada pekedai, selain dipercayai mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan rokok haram yang lain.

"Kami merampas tujuh kereta pelbagai jenis dan sebuah lori dipercayai untuk kegunaan membawa rokok seludup ini," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyimpan barang-barang belum lulus kastam.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved