Rabu, 12 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Angkara tiub saluran gas tercabut

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Angkara tiub saluran gas tercabut KOTA BHARU - Akibat tiub saluran gas yang dipercayai tercabut selepas selesai memasak di dapur, sebuah premis makanan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu menyebabkan hampir keseluruhan kedai terbabit musnah serta-merta selepas api yang berpunca daripada gas terbabit merebak dengan pantas.

Seorang pekerja, Siti Nur Mat Zain, 30, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai memanaskan sup di dapur sebelum api merak menyambar kawasan dapur.

"Setelah selesai memasak saya perlahankan api dan tinggalkan sup terbabit di dalam periuk di atas dapur gas.

"Saya pesan kepada rakan supaya perhatikan sup di atas dapur itu tetapi tanpa saya sangka baru sahaja hendak melangkah keluar dari dapur, saya terdengar bunyi gas keluar dari tiubnya," katanya.

Siti Nur berkata, selepas terdengar bunyi berkenaan api di bahagian dapur terbabit terus menyambar kawasan dapur dan terus melarikan diri bersama rakannya.

"Panik melihat api begitu cepat marak dan saya terus keluar bersama rakan menyelamatkan diri kerana khuatir akan keselamatan kami.

"Mujurlah kami cepat menyelamatkan diri namun kesemua barangan dalam kedai tidak dapat diselamatkan kerana api begitu cepat merebak," katanya.

Siti Nur berkata, kerugian dianggarkan bernilai hampir RM50,000 merangkumi tiga peti sejuk selain dapur dan barangan dalam kedai.

Sementara itu Penolong Kanan Penguasa Bomba Negeri, Sharberi Zakaria berkata, dua jentera iaitu sebuah dari Kota Bharu dan Pengkalan Chepa dengan 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami menerima panggilan kira-kira jam 3.51 petang dan sampai pada 3.58 petang. Semasa tiba di tempat kejadian hampir 90 peratus kedai terbakar dan pihak kami berjaya mengawal api dalam masa 10 minit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved