Khamis, 13 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Angkara babi hutan

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Angkara babi hutan KOTA BHARU - Penduduk di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumbuh di sini, diancam bahaya apabila sekumpulan babi hutan menyerang tanaman yang merosakkan hampir keseluruhan mata pencarian masyarakat di kawasan itu.

Lebih membimbangkan ancaman haiwan terbabit yang berlaku sejak 2009 kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya ketika musim hujan.

Penduduk di kawasan berkenaan,Mohamad Azman Hussin berkata, gangguan terbabit menyebabkan penduduk mengalami kerugian ribuan ringgit akibat tanaman ubi dan pisang sering kali rosak disondol haiwan berkenaan.

"Pernah saya terlihat beberapa ekor haiwan itu berkeliaran di kawasan belakang kebun penduduk di kawasan ini namun mujurlah saya pagarkan kawasan kebun dengan pagar jika tidak mungkin ia akan merosakkan tanaman saya juga.

"Saya bimbangkan keselamatan penduduk di sini lagipun serangan binatang berkenaan tidak menentu dan saiznya yang sebesar anak lembu boleh menimbulkan kecederaan kepada penduduk di sini yang boleh mengancam keselamatan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menurut seorang petani, Mek Yah Mohamad, 56, dia yang menanam ubi kayu di kawasan itu kerap kali mengalami kerugian akibat serangan itu.

"Saya menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama untuk menyediakan tapai dan dijual di kawasan sekitar.

"Serangan terbabit turut menjejaskan mata pencarian disebabkan saya tidak dapat menjual hasil jualan berkenaan," katanya.

Menurut seorang kanak-kanak yang menetap di kawasan itu, Mohamad Alif Fudin Abdul Halim, 12, dia turut terserempak dengan kumpulan haiwan berkenaan ketika bermain bola sepak hamper setiap petang.

"Pernah saya melihat dua hingga tiga ekor binatang berkenaan berkeliaran ketika saya dan rakan-rakan bermain bola. Kecut perut juga dibuatnya tetapi saya biarkan sahaja dan buat tidak endah," katanya.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan berkenaan mengharapkan agar pihak berkuasa termasuk Jabatan Perhilitan memantau keadaan berkenaan bagi menyelesaikan masalah serangan terbabit yang mengganggu urusan harian penduduk serta turut mengancam nyawa.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved