Sabtu, 22 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lelaki rugi hampir RM235,000

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lelaki rugi hampir RM235,000 SERI KEMBANGAN – Seorang lelaki mendakwa kerugian hampir RM235,000 apabila firma guaman yang menguruskan proses jual beli rumahnya gagal membayar wang hasil jualan rumah itu kepadanya.

Difahamkan, pihak bank sudah meluluskan pinjaman dibuat pembeli rumahnya dan wang berkenaan sudah pun diserahkan kepada syarikat peguam berkenaan.

Namun, syarikat peguam itu dikatakan enggan menyerahkan wang yang sepatutnya menjadi milik mangsa dengan memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal.

Mangsa, Wong Cheok Meng, 50, berkata, dia mengambil keputusan menjual rumahnya di Bandar Baru Bangi kepada seorang lelaki yang juga penyewa rumahnya sebelum menandatangani perjanjian sewa beli rumah (S&P) pada 6 September 2010.

Bagaimanapun, katanya, selepas setahun dari tempoh perjanjian ditandatangani dia masih gagal mendapat wang hasil jualan rumah itu.

Cheok Meng berkata, wakil syarikat peguam yang terletak di Subang Jaya itu memberi alasan tidak dapat bayar duit itu kerana belum menerimanya daripada bank.

"Sangkaan saya ia berikutan pembeli belum buat proses pinjaman bank menyebabkan saya ke rumah itu seperti biasa untuk mengutip sewa.

"Namun saya terkejut apabila dimaklumkan pembeli itu dia sudah mula bayar ansuran pinjaman perumahan kepada bank sejak April lalu dan rumah berkenaan sudah ditukar milik namanya," katanya.

Katanya, dia kemudian merujuk kepada bank dan dimaklumkan pembayaran duit rumah itu sudah dibuat kepada syarikat peguam terbabit pada Mac lalu.

"Tidak puas hati dan rasa ditipu, saya kemudian buat laporan polis pada 27 Ogos di Balai Polis Seri Kembangan. Selepas sebulan, wakil syarikat peguam itu ada hubungi dan minta saya datang ke pejabat untuk berbincang.

"Malangnya saya kecewa kerana dimaklumkan, mereka mampu bayar kepada saya sebanyak RM50,000 sahaja dan baki selebihnya akan dibayar apabila mereka sudah mempunyai wang kelak," katanya yang kemudian membuat aduan kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Sementara itu Nie Ching berkata, sebaik terima aduan mangsa, beliau ada menulis surat kepada pejabat peguam terbabit pada 10 Oktober lalu untuk bertanyakan mengapa baki wang tidak dibayar kepada penjual rumah itu.

Beliau berkata, pihaknya meminta syarikat berkenaan memberi penjelasan dalam tempoh tujuh hari berhubung perkara berkenaan.

"Selepas tempoh tamat, tiada sebarang maklum balas diterima malah surat ingatan pertama yang dihantar pada 19 Oktober dari pihak kami juga tidak diendahkan.

"Semalam saya minta pembantu saya bawa mangsa ke Majlis Peguam untuk buat aduan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved