Ahad, 16 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Polis, ATM bekerjasama

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Polis, ATM bekerjasama JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak memberi peluang kepada penjenayah walaupun anggota keselamatan telah meningkatkan rondaan bermula semalam, bersempena pelancaran Ronda dan Cegah Jenayah, di perkarangan Balai Polis Setia Indah, Taman Setia Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, untuk permulaan dua anggota polis bersama seorang daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan rondaan mengikut sesi bermula 8 pagi hingga 5 petang.

"Rondaan secara bersama ini membabitkan lapan anggota ATM dan 16 anggota polis melalui unit peronda polis (MPV), motosikal dan tugas bit meliputi kawasan sekitar Balai Polis Setia Indah dan Pelangi Indah," katanya.

"Walaupun rondaan telah dipertingkatkan termasuk bilangan anggota keselamatan telah ditambah, orang ramai perlu bertanggungjawab untuk mencegah jenayah termasuk tidak memberi peluang kepada penjenayah menjalankan kegiatan mereka," katanya.

Menurutnya, kerjasama antara PDRM khususnya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS ini dengan anggota ATM daripada Batalion 10, Kem Majidee sejajar dengan salah satu strategi utama dalam National Strategy Execution Summit (NSES) National Blue Ocean Strategy II.

Katanya, penjenayah memang licik dan sentiasa mengambil peluang sekiranya orang awam lalai dalam aspek keselamatan walaupun anggota keselamatan sentiasa komited dalam menjaga keselamatan negara.

Sementara itu, Eksekutif Swasta, Edmund Yeow, 48, berkata, sistem rondaan bersama adalah pendekatan baik dalam usaha membanteras kegiatan jenayah khususnya dikawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk.

"Masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menjaga keselamatan dan membanteras jenayah kepada pihak berkuasa sahaja, kita juga perlu mengambil tahu keadaan persekitaran perumahan supaya tidak menjadi sasaran penjenayah," katanya.

Menurutnya, dia yang telah tiga tahun tinggal di Taman JP Perdana akan mengambil pendekatan dengan menghubungi pihak polis sekiranya ternampak kenderaan yang berkeliaran dalam keadaan mencurigakan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved