Isnin, 10 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Boleh guna dakwat kekal jika serap air

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Boleh guna dakwat kekal jika serap air SHAH ALAM - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dijangka akan membincangkan isu penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya pada mesyuaratnya di Kedah minggu depan.

Ahli jawatankuasanya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, keputusannya kelak akan bergantung sama ada dakwat itu mampu menyerap air ataupun tidak.

"Ini penting bagi orang Islam kerana jika dakwat itu tidak boleh me- nyerap air, ia pasti tidak boleh digunakan oleh orang Islam kerana ini akan menjejaskan wuduk dan mandi hadas sekali gus amal ibadat yang lain," katanya.

Harussani yang juga Mufti Perak, jika dakwat itu boleh menyerap air, ia boleh digunakan meskipun kesannya kekal untuk beberapa hari.

"Sebagai contoh, inai boleh digunakan walaupun kesannya masih boleh dilihat untuk tempoh beberapa lama sebab ia menyerap air dan tidak menjejaskan wuduk atau mandi hadas," katanya.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah yang berkata, pihaknya masih menunggu keputusan jawatankuasa fatwa itu berhubung penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya selain mengkaji keburukan dan kebaikan bahan itu digunakan.

Harussani berkata, meskipun mengikut jadual jawatankuasa itu akan bermesyuarat dari 13 hingga 15 Oktober di Kedah, beliau hanya menjangka isu itu akan dibincangkan.

"Belum ada kepastian kita akan bincang atau tidak. Ia bergantung pada keadaan . Jika bincang, keputusannya akan diumumkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved