Sabtu, 15 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bimbang pokok mati ragut nyawa

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bimbang pokok mati ragut nyawa

JOHOR BAHRU - Penduduk rumah pangsa Jalan Sagu 34, Taman Daya, di sini, bimbang kewujudan pokok-pokok besar yang sudah mati di kawasan kediaman mereka akan tumbang bila-bila masa sekali berlaku kejadian tidak diingini.

Ia disuarakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sagu, Ahmad Mohd Jepri yang sudah mendiami perumahan berkenaan sejak 12 tahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, semalam, mendapati kebimbangan dilontarkan oleh Ketua Blok LM rumah pangsa itu ada kebenarannya berikutan terdapat empat pokok besar yang sudah tua tidak berdaun makin reput dimamah usia.

Kesemuanya terletak bersebelahan parit besar yang juga berdekatan rumah penduduk dalam lingkungan kurang 50 meter dan hampir dengan tempat tapak letak kenderaan.

Ahmad berkata, rasa bimbang penduduk kian memuncak apabila musim hujan dan ketika angin kencang atau ribut berlaku.

Menurutnya, terdapat sebatang pokok besar 'mati' sudah tumbang merosakkan sebuah kenderaan milik penghuni rumah pangsa berkenaan selain meretakkan permukaan batu pada parit besar dalam kejadian Februari lalu.

Katanya, walaupun tiada kemalangan jiwa, ia tetap memberi kesan kepada pemilik kenderaan terbabit kerana terpaksa menanggung kerugian atas kerosakan selain penduduk pula diselubungi perasaan bimbang.

"Lebih membimbangkan keselamatan anak-anak kecil yang suka bermain di kawasan parkir kereta khususnya di bawah pokok besar 'mati' ini pada waktu petang," katanya.

Ahmad berkata, beberapa aduan mengenainya sudah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) secara lisan menerusi perbualan telefon, tetapi sehingga kini belum ada tindakan diambil.

"Kali terakhir, saya menghubungi bagi mendapatkan no rujukan aduan masalah ini dua minggu lalu, namun tidak mendapat kerjasama.

"Aduan juga sudah dikemukakan kepada pejabat wakil rakyat. Alhamdulillah, ada pegawainya yang hadir, namun saya masih menantikan penyelesaian masalah ini," katanya.

Menurutnya, masalah dahan patah atau pokok tumbang ketika hujan sudah beberapa kali dialami penduduk dan PBT patut turun padang meninjau kejadian yang berlaku.

"Jika pokok ini selamat dan tidak akan tumbang, saya berharap wakil PBT dapat memberikan jaminan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Mohd Firdaus Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dan bertindak segera menyelesaikannya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved