Sabtu, 8 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelajar dakwa ditampar

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pelajar dakwa ditampar KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan empat aliran Sastera di salah sebuah sekolah menengah, di sini tertekan setelah mendakwa ditampar guru pada Rabu lalu.

Kejadian terbabit berlaku ekoran timbul perselisihan faham di kalangan pelajar dan guru, lalu guru yang tidak terbabit dalam kes itu mengambil tindakan menampar pelajar yang kononnya menjadi punca kepada perbalahan.

Mangsa, Nik Nor Syazwani Nik Anuar, 16 mengadu kepada ibu bapa mereka setelah didakwa malu apabila ditampar guru.

"Saya sebenarnya menjadi mangsa keadaan dan sampai sekarang saya masih tidak tahu punca sebenar saya ditampar oleh guru itu.

"Selain beberapa guru, empat rakan baik saya juga ada semasa saya dipanggil pada kejadian itu selepas waktu rehat di salah sebuah bilik di sekolah," dakwanya kepada pemberita semasa ditemui di Desa Annur, Panji, di sini, semalam.

Pelajar yang dilantik menjadi pengawas itu berkata, guru yang didakwa menamparnya adalah guru mengajar mata pelajaran sastera, tetapi tidak mengajar kelasnya.

Menurutnya, dalam keadaan serba keliru, dia terpaksa merujuk keluarganya memandangkan dia mendakwa diugut supaya berpindah dari sekolah itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, ibunya, Fatimah Berahim, 57 kesal dengan kejadian yang menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu.

"Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu setelah dicabar guru yang menampar anak saya semasa saya bertemu dengannya. Saya mahu kes ini disiasat dan ingin tahu punca kenapa anak saya ditampar dan diperlakukan begitu," katanya.

Bapa pelajar itu, Nik Anuar Nik Omar, 52 yang juga kakitangan sektor awam mahu perkara itu disiasat dan tindakan terhadap guru terbabit dibuat oleh pihak berkuasa.

Ekoran ditampar guru, Nik Nor Syazwani mendakwa pipinya mengalami bengkak dari dalam dan dia masih rasa malu dengan kejadian menimpanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved