Jumaat, 14 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Kondo jadi makmal dadah

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kondo jadi makmal dadah JOHOR BAHRU - Berikutan kekerapan serbuan polis, sindiket dadah kini 'bertukar angin' menjadikan pangsapuri mewah dan kawasan perumahan sebagai makmal mini memproses dadah.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM297,200 dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah pangsapuri, Muar, selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek yang berusia 23 tahun ditahan kira-kira jam 1 tengahari oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru, selepas menerima maklumat orang awam.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis merampas 1.023 kilogram syabu bernilai RM255,000 selain 654.3 gram heroin anggaran nilai RM20,000, 140 biji pil ecstacy dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.

"Kita juga merampas sebuah kenderaan Honda Odessy, dengan nilai keseluruhan rampasan ialah sebanyak RM397,200.

"Kami percaya semua dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran di dua daerah utama negeri ini iaitu di Muar dan Batu Pahat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek sedang melakukan aktiviti bersendirian dan tidak menyedari kehadiran polis menyebabkan proses tangkapan lebih mudah.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah, dan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

"Suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved