Jumaat, 28 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penyelaras Dun disimbah arak

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penyelaras Dun disimbah arak TELOK DATOK – Penyelaras Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Datok, Ng Siok Hwa diserang seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 60-an ketika hadir ke suatu majlis perasmian di sebuah tokong di Sungai Jarom.

Kejadian yang berlaku kira–kira jam 7 malam, Isnin lalu itu menyaksikan warga emas berkenaan menghampirinya dengan menyimbah segelas arak di kepala mangsa sejurus mangsa bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Nordin Manan berkata, lelaki berkenaan ditahan akibat mencederakan mangsa dengan memukul di bahagian belakang kepala namun berjaya dileraikan tetamu yang berada di situ.

"Berikutan itu, arahan ke atas orang kena tuduh (OKT) diperoleh untuk dituduh di bawah Seksyen 323 KK, 186 KK dan Seksyen 14 Undang-Undang kecil hari ini di Mahkamah Telok Datok," katanya.

Sementara itu Siok Hwa berkata, beliau akur dengan arahan pihak penganjur supaya tidak memberi ucapan berbaur politik namun terkejut apabila didatangi seorang lelaki yang membawa segelas air arak lalu menyimbah ke atas kepala dan memukul dari arah belakang.

Menurutnya, sebagai seorang penasihat tokong, beliau tidak tahu mengapa dirinya diserang oleh warga emas terbabit sedangkan tiada sepatah perkataan dalam ucapannya berunsur politik kerana sudah diingatkan beberapa kali supaya tidak mempolitikkan pentas tersebut.

"Bagaimanapun, saya berharap kes ini dapat disiasat dengan lebih terperinci supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

"Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut melemparkan kata-kata kesat kepada polis ketika menahan lelaki tersebut," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Jarom.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved