Khamis, 13 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Subsidi RM20,000 setiap rumah

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Subsidi RM20,000 setiap rumah BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA – Generasi baru Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) beruntung apabila kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan dengan terbinanya Perumahan Warga Felda (PWF).

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, Felda turut memberi subsidi lebih RM20,000 untuk setiap unit rumah PWF bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri.

Menurutnya, menjadi visi projek PWF bagi menyediakan rumah kediaman kos rendah dan sederhana rendah di rancangan Felda untuk dijual kepada generasi peneroka yang sangat memerlukan kediaman.

"Objektif PWF adalah untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di tanah rancangan serta membantu generasi baru Felda berpendapatan rendah supaya berpeluang memiliki rumah dengan kualiti terjamin.

"PWF dapat membuka peluang kepada generasi baru Felda untuk terus menetap di rancangan bagi membantu pertumbuhan dan kegiatan ekonomi di sini," katanya ketika melawat Tapak Projek PWF Jengka 19, baru-baru ini.

Saari berkata, kewujudan PWF berhampiran kawasan rancangan ini juga dapat membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan peneroka apabila anak-anak menetap di kawasan rancangan berdekatan.

"Projek PWF juga membantu usaha kerajaan mempercepatkan pembangunan perumahan di luar bandar, malah subsidi diberikan Felda sememangnya usaha terbaik membantu meringankan beban golongan ini.

"Bagi rumah kos rendah, kos anggaran untuk pembinaan adalah RM90,000. Namun, separuh daripada kos itu ditanggung Felda dan dijual dengan hanya RM45,000," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, subsidi diberikan Felda adalah subsidi rumah dan ia tidak termasuk subsidi tanah yang diberikan Kerajaan Negeri untuk pembinaan projek itu.

"Peneroka dan generasi baru perlu bersyukur atas segala usaha dilakukan Felda untuk membantu mereka memiliki kediaman sendiri berbanding orang lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved