Sabtu, 8 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Curi van, dua pemuda dibelasah

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Curi van, dua pemuda dibelasah MARANG - Akibat geram selepas mengekori dua lelaki yang disyaki mencuri sebuah van, seorang penunggang motosikal dan orang ramai bertindak membelasah dua lelaki terbabit selepas van dipandu terbabas di tepi jalan di sini.

Setelah diekori sejauh 15 kilometer, van curi yang dipandu itu terbabas ke tepi jalan selepas tayar belakangnya pecah, sebelum pemandunya dibelasah penunggang motosikal dan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di Rhu Renggeh kelmarin, penunggang motosikal itu juga berang dengan tindakan pemandu van yang memandu secara berbahaya dan melulu, termasuk cuba menghimpit serta melanggarnya.

Difahamkan, sebelum kejadian, van curi itu telah diekori penunggang motosikal terbabit yang turut mengenali pemilik van berkenaan, selepas dia terserempak dengan kedua-dua suspek dalam kenderaan itu di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.

Selepas mengekori kira-kira setengah jam dari Jalan Kamaruddin hingga ke Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dua suspek itu kemudiannya cuba melarikan diri dengan membawa kenderaan itu ke Chendering seterusnya memasuki sempadan daerah Marang.

Kedua-dua suspek terbabit akhirnya terbabas di Rhu Renggeh, Marang sebelum dibelasah orang ramai dan mengalami kecederaan pada muka serta kepala, tetapi tidak serius.

Difahamkan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang sebelum kes itu diserah kepada IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Pemilik kenderaan, Sopanin Mamat, 45, yang ditemui di tempat kejadian berkata, van jenis Nissan Venette itu hilang sewaktu dia meletakkan kenderaan itu di satu kawasan tempat meletak kereta berdekatan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Menurutnya, kenderaan itu hilang semasa dia melawat adik iparnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu di antara jam 6 hingga 7 petang pada Selasa lalu.

"Hari ini (kelmarin), saya menerima panggilan daripada pemuda terbabit yang juga tinggal di kampung saya melihat dua lelaki membawa van itu di Jalan Kamaruddin, sebelum dia berjaya menahan kedua-dua suspek itu di Rhu Renggeh, Marang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi Sinar Harian selepas kejadian berlaku bagaimanapun belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu sehingga malam hari kejadian.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved