Isnin, 10 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Maut rempuh lori minyak

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Maut rempuh lori minyak PASIR GUDANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah lori tangki membawa minyak masak di Kilometer 33, Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Azizi Ismail, 20, dari Taman Cendana, dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan.

"Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu menyaksikan mangsa yang menunggang motosikal hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengesahkan kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, pemandu lori, Mohd Haikal Kamis, 28, tidak menyangka tindakannya memberhentikan lori di laluan kiri jalan mengundang padah kepada kepada mangsa walaupun langkah keselamatan sudah diambil untuk memberi peringatan kepada pengguna lalu lintas lain.

Katanya, rempuhan berkenaan pada mulannya disangkakan sebuah kereta, namun mendapati mangsa yang terbabit menunggang motosikal selepas ditinjau pada bahagian lori.

"Saya dalam perjalanan menuju ke Pasir Gudang dari Pengeli Timur. Mendapati kenderaan dipandu mengalami masalah pada brek, saya menghentikan lori di lorong kiri jalan.

"Selepas memberhentikan lori, saya segera menghidupkan lampu kecemasan meletakkan kon beberapa meter dari bahagian belakang lori sebagai peringatan kepada pengguna lalu lintas lain.

"Saya kemudiannya menuju ke bahagian depan lori untuk mencari barang-barang keperluan bagi menyelesaikan masalah brek, tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan kuat," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved