Ahad, 9 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sampah cemari penempatan

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sampah cemari penempatan MASAI – Lebih 24 keluarga Orang Asli Kampung Teluk Jawa, di sini dibelenggu dengan permasalahan sampah yang mereka dakwa akibat daripada pembuangan sampah ke laut.

Tok Batin, Rustik Bintik, 44, berkata, kampung tersebut telah didiami sejak lebih 50 tahun lalu dan masalah pembuangan sampah ke laut semakin membimbangkan.

"Sampah-sampah ini akan terdampar di tepi Sungai Luncu ini dan kesannya boleh dilihat dengan jelas ketika air surut," katanya kepada :Sinar Harian.:

Sementara itu, seorang penduduk, Lijah Palun, 36, mendakwa sampah sarap yang dibuang itu bukan dari kalangan penduduk Orang Asli di situ.

"Ini bukan sampah kami. Ia datang dari laut dan kalau hari hujan, keadaannya menjadi semakin teruk.

"Bukan kami tidak ada usaha hendak bersihkan, tapi sudah tidak larat nak uruskan sampah ini kerana terlalu banyak," katanya.

Manakala bagi, Ami Mori, 31, keadaan itu turut menyebabkan jangkitan kuman dan penyakit kulit khususnya di kalangan kanak-kanak.

"Orang mesti fikir kami tak jaga kebersihan, sedangkan bila baru dibersihkan, esok ada lagi sampah.

"Penyakit serius tidak ada, tapi kanak-kanak terdedah penyakit kulit dan gatal-gatal disebabkan sampah ini," katanya.

Sementara itu, Pemangku Pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor Bahru, Mohd Badri Ismail berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memantau keadaan kesihatan penduduk Orang Asli.

"Kita memang sedar keadaan ini, dan berkemungkinan sampah ini datang dari laut, Namun ia adalah usaha bersama membabitkan pelbagai agensi termasuk penduduk.

"Sebagai badan bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka, kami ada menyalurkan bantuan zat makanan kepada kanak-kanak dan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Kita beri bantuan makanan tapi ia sekali setahun," katanya kepada sinar :Sinar Harian semalam.

Jelasnya, pada awal tahun ini, seramai 20 kanak-kanak di lapan perkampungan Orang Asli di Johor Bahru diberikan bantuan khasiat zat seperti bekalan susu dan vitamin.

"Kita juga pernah adakan gotong-royong bersihkan kawasan dan didik masyarakat Orang Asli tentang kebersihan.

"Ia perlukan kerjasama semua pihak seperti pihak pengurusan sampah, pihak berkuasa tempatan dan penduduk untuk merealisasikan perkara ini," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved